Saya takde bukti dan dalil-dalil untuk disertakan, tapi agak pasti mengenai perkara ini.
Pertama sekali saya nak bagi spesifik sikit, kutuk tu kutuk depan2 ke belakang2 ?
Kalau kutuk depan2,
Ia adalah berdosa jika kutukan itu memalukan dan menjatuhkan maruah yang dikutuk dan pengutuk mesti meminta maaf kepada yang dikutuk kerana ia termasuk dalam kategori menyakiti hati orang lain. Kalau nak kutuk sebab nak nasihat atau nak anda jadi lebih baik, sepatutnya mereka cakap elok2 dan cara baik, contohnya cakap 1 on 1 dan guna bahasa yang elok, atau apa2 cara yang anda rasa boleh terima. Walau bagaimanapun kalau anda jenis yang tak kisah kalau orang kutuk depan2 (ie tak terasa langsung kalau orang kutuk2) maka ia adalah dibolehkan. Tapi yang mengutuk kenalah berpada2 atau jaga batasan2 (takkanlah semua benda yang dia cakap anda tak kisah kot?)
Kalau kutuk belakang2,
Itu dah termasuk dalam katergori mengumpat. Dosanya adalah lebih besar daripada kutuk depan2. Secara definisinya mengumpat ialah perbuatan memburuk2kan, mengata, menjatuhkan maruah orang lain tanpa orang itu mengetahuinya. Jadi apa2 yang memburukkan atau menjatuhkan maruah si mangsa akan menyebabkan ia jadi berdosa. Walau bagaimanapun, mengumpat dibolehkan dalam keadaan2 tertentu.
1. Pemimpin yang zalim (contoh: Firaun, Bush etc..)
2. Sebagai pengajaran dan peringatan (kisah2 teladan, jgn dekati samseng itu sebab dia pernah pukul orang etc)
3. Untuk "describe appearance" seseorang kpd orang yang tak mengenalinya (si A tu pendek dan gemuk orangnya - tapi tak boleh lebih2 tau)
4. Saksi (cthnya dalam mahkamah kena ceritakan kejahatan dan apa2 yang berkaitan pasal tertuduh)
5. Untuk membetulkan sesuatu atau mengelakkan sesuatu menjadi lebih buruk (cthnya membincangkan perihal ulama'2 palsu, orang yang mempunyai akidah terpesong, ajaran sesat untuk kebaikan islam...)
awak ini belum lagi hukumnya saya jelaskan , tapi awak cuba buka balik buku agama dan rujuk kepada ustazah atau astaz . Lepas ni kalau awak buat lagi ? itu urusan hanya awak dengan tuhan ajelah okay ! :D